Monday, April 28, 2008

teenage mutant ninja please

nih cerita pelik. aku sorang-sorang dalam lif kat klcc nih daripada car park. lif berhenti kat car park atas, masuk ah couple nih. laki standard melayu misai muka serious baju polo (okay ah bukan baju polo saje je aku letak lolza), awek chumel tersenyum senyum tak pepasal.

aku asik tengok/pandang/usha awek tuh pasal aku budget kalau awek orang mesti dia takkan perasan kalau orang usha dia pasal dia mesti macam alah aku awek orang takkan ah ada nak usha usha aku sangat kan, jadi aku usha lah sangat. diaorang kat depan aku nih tapi angle 45 darjah camtuh (takde ah tepat sangat matematik adik kat universiti tak pernah melebihi gred c), so nampak sipi.

sekali dia pandang balik daa, pastuh dia tergelak sikit. pastuh dia senyum lagi kat aku. pastuh dia tergelak sikit lagi, macam aku ada sayur kat gigi aku. babi. sampai floor diaorang keluar, aku keluar, kitorang part ways ah, chewah macam sekumpulan koboi lepas dah selamatkan kampung je.

aku dah pelik gila kan. so aku pergi masuk tandas. aku check gigi, sayur tada cili tada, tarapapa, kuning sket je tapi gigi ku tetap cantik melentik. aku check perut aku, takut terkeluar ke dari baju, oh tidak baju ku dua lapis, selamat perut ku yang gemilang. check baju lak takut ada stain ke apa ke. aku check zipper sudah tentu, masih intact. aku tengok muka aku, kelakar ke muka aku, nak kata kelakar takde ah kelakar sangat, hensem pun ada sikit-sikit ala afdlin shauki, terpikat lak aku kat diri sendiri. cis kembali ke realiti, asal awek tuh tergelak tikos kat aku. kemek nye awek. kau mempermainkan insecurities aku. cipet.

sebab aku dah bengang sangat, aku terus bergegas ke burger king (chewah bergegas tuh). aku tak berani nak amek whopper ah pasal aku takut susah nak jalan nanti, amek yang kecik simple sudah. lepas makan layan baeknya aku pergi lak park klcc tuh. saje tengok-tengok orang kan. dah bukan macam dulu, dulu ramai subculture subculture lepak sini ada yang bercornrow ada yang berdye merah, ada yang seluar ketat, ada yang berseluar anti-ketat, ada yang botak, ada yang vatos locos bla bla bla.

sekali couple tuh lalu depan aku lak. awek tuh sempat toleh pandang aku pastuh senyum tegelak gelak sikit, lagi........

at this point, dah sampai tahap seram ah.

cibai psycho ah dia nih. aku check lagi zipper aku just in case kan. hmm takde pape. bende nih mengingatkan aku pada sometimes bila aku drive keta, mamat belakang flash flash, padahal aku kat lane slow. pastuh aku leh berhenti check mana tahu boot terbukak ke tempat letak minyak tak tutup betul betul ke pintu ke apa ke. sekali check semuanya oooooooooowhkayy. mesti mamat tuh ada masalah dengan lampu flash keta dia kot, sekali *TING* baru aku sedar, maybe awek tuh ada masalah control impuls senyum dengan gelak sikit kot.

so aku kejar diaorang cepat-cepat.

aku tegur mamat misai kata nak cakap dengan awek dia kejap. aku tegur awek dia lak.

'hi'
'oh hai'
'asal kau tersenyum senyum gelak gelak kat aku? kau ada masalah impuls ke?'
'tak ah, you don't remember me issit?'
'lolwut?'
'it's me lah, tipah (bukan nama sebenar)!'
'lerrrrrrrrrrr engkau gupenye!'
'yelah'
'apahal tak tegur je aku'
'i takut you tak cam i, sebab i dah kurus now, you pulak dah gemuk'
'apa kena mengena aku dah gemuk dengan kau takut aku tak cam kau?'
'takde kena mengena, i saje je nak selit'
'bongok'
..
'so kau buat apa sekarang tipah?'
'itulah i nak tunjuk you'
'tunjuk apa?'
'apa yang i nak buat sekarang'


tiba-tiba dia terjun masuk kolam klcc tuh pastuh berenang ke tengah.

semua orang kat park tuh macam dah wtf termasuk aku, tapi balak dia relek je.

aku pandang balak dia macam wtf?

balak dia cakap 'it's her destiny'.

sekali air kat kolam tuh macam menggelegak gila babi nye.

pastuh tipah tiba-tiba ada sayap pastuh terus terbang ke langit.

slow-slow sambil air memercik everywhere sampai semua orang cam basah.

dia terus terbang sampai hilang.

balak dia pandang aku.

dia tanya aku 'kau pernah tengok cerita x-men?'

'pernah'

'kau tahu phoenix?'

'tahu'

'ah lebeh kurang camtuh ah tipah sekarang'

'okay (sambil terketar-ketar) ... still .......... WHAT THE FUCK?!?!?!?!?!?!!'

'kau tahu sebab sebenar dia senyum kat kau?'

'..'

'sebab kaulah the last stage of her phoenixation'

'..'

'master cakap kalau dia jumpa kau, maka dia akan jadi phoenix'

'fuck you, and what the fuck?!'

'kau tak tahu ke, 8 hari lagi, aliens akan cuba takluk bumi, jadi sesetengah manusia telah belajar space martial arts, macam tipah, untuk lawan diaorang sebelum diaorang sampai bumi pun. at least some form of resistance lah, so that by the time diaorang sampai sini, diaorang dah lemah sikit'

'yeah? okay. fuck you'

'dah dah, aku nak gerak, kena report kat master'

'what master? splinter? shredder? man fuck you'

'ok byez'


aku dah menggigil macam pantat yang tengah orgasm. aku pandang sekeliling, sekali semua orang tak bergerak. huh what the? asal semua orang kaku nih. apa lanchau, nih mimpi ke apa lanchau. aku cuba terbang, tak bleh, nih bukan mimpi, babi. asal semua orang kaku aku lari lari (lari lari anak je) jerit jerit jerit what the fuck is all this. pastuh semua orang gerak balik pastuh tepuk tangan. oh rupanya klcc freeze lolz. cis. whakugukeahkugeaukga.

okay takpe. aku pun dah macam tak leh tahan dengan kedongengan semua nih. aku balik lah rumah.

sampai rumah. aku mandi shower baek nya. check internet kejap. pastuh updet blog, hah part nih aku tengah tulis entry sekarang nih ah.

eh ada orang kat pintu lak, doorbell bising.

jap eh.

........

okay dah. kau tahu tak siapa tadi? balak tipah tuh, dia kata 'master she has succesfully gone into space'. wtf? aku ke master? wtf? aku sepak telur dia pastuh tanya 'weh aku mamat kat klcc tadi ah'.

pastuh dia cam cakap aku ah sebenarnya master yang sebenar.

'master apa lanchau?'

'master semua orang.................'


yeargh take that bitches.

9 comments:

Dazed and Confused Ili said...

T__________________________________T

Pourpres~ said...

Master of Transformers kah? Hail Master. Saye pon nak jadi Phoenix lah. Eh tamau, nak jadi Modena bleh? Merah gak pe.

Anonymous said...

master of semua orang kat sini. aku bakal pm malaysia ok. modena tuh hape? burung? atau sejenis motosikal berkuasa rendah. nama kau nih pun pemende nih, aku panggil cicak cukup kot, ?.

Pourpres~ said...

ARGH. Modena tuh keta la. Kau memang gay. And it's not cicak dude. Beta Pourpres the Awesome. Keep that in mind. Or you, I bagi can, you can call me Pourpres.

Sam said...

aku follow cerita ni sampai bawah rupa2nya ini ending yg ku terima T_T

Anonymous said...

everyone is gay lah cicak. aiyah so hard to pwonounce lah, i call you cicat lah.

Anonymous said...

macam lagu oag lak kau nih pengalun ritma (rhyme dalam bahasa melayu ape siak). iiiiiiiiinikahhh yang ku trimmmaaaaaaaaaaaa.

ohnoaini said...

gawd.

cerita science fiction that gave me goosebumps.

gawd.

NBE said...

babi babi babi
lahanat betul tahap imaginasi titanium kau