Thursday, August 27, 2009

siapa penyelamat dunia?

saya sebenarnya budak sekolah. baru form 4 tau, honeymoon year bak kata cikgu kaunseling meleesa leena (*angau kejap*).

saya ahli ke-7 dalam gang paling handsome dalam sekolah.

sebenarnya saya bernasib baik je dapat join. saya cuma dapat join sebab man jacket recruit 2 orang lagi lepas dia tension cikgu disiplin lai panggil geng derang 6 jahanam. saya rasa man jacket menyesal sebab from then on, cikgu disiplin lai panggil geng nih 8 ekor babi.

tapi saya tak rasa man jacket menyesal amik saya, sebab saya yang bukakkan facebook untuk beliau and ajar camna nak comment kat status gadis cantik veronica (nama sebenar salmah). tetapi beliau mungkin terlalu menyesal amik badrul a.k.a. james berudu sebagai ahli ke-8, sebab badrul selalu hadiahkan kitorang ikan, tapi lepas beberapa hari, "ikan" tuh tumbuh kaki.

siapa man jacket? man jacket alpha male (atau bak kata abang-abang - pailang) bagi bebudak form 4, ada orang cakap bebudak form 5 pun takut dengan beliau, lagi-lagi sebab alpha male form 5 nama dia sudin stokin (dia memang suka pakai stokin, tapi muka dia lagi mirip aziz satar). siapa nak takut dengan orang yang nickname stokin?. mungkin juga korang tertanya kenapa nickname man jacket, jacket? saya kurang pasti, beliau tak pernah pakai jacket. ada orang cakap sebab beliau mat rempit, mat rems kalau naik motor mesti pakai jacket. itu rumours je, sebab setahu saya beliau datang sekolah guna driver yang bawak mercedes s500, beliau tak pernah ada motor, sebab sejak bapak beliau hadiahkan beliau skyline saya tak rasa beliau ada nafsu kat motor.

ye, beliau anak orang berada, walaupun rambut mullet.

tapi kenapa jacket? saya malas nak fikir panjang-panjang, cikgu disiplin lai cakap daripada berangan baik pergi kedai gunting rambut and gunting rambut.

yes, cikgu disiplin lai cikgu disiplin kami. kami suspek dia nerd yang suka main world of warcraft, tapi kami tetap takut dengan dia. dia suka tarik sideburn orang and dia tak takut dengan sesiapa pon. ada rumours cakap dia pernah gertak pengetua lepas pengetua tersilap amik karipap daripada piring dia masa meeting pibg. jangan sentuh karipap cikgu disiplin lai, itu fevret dia, karipap, dia cakap sebab tuh lah dia kahwin dengan cikgu fizik ros, katanya "luar crunchy, dalam berisi". dia tak cakap camtuh pun, itu lawak yang lan buat.

siapa lan? dia ahli ke-5 dalam gang 8 ekor babi. nama sebenar dia ismail, dia suruh panggil lan sebab fevret band dia infectious maggots. takde sorang pun dalam sekolah yang kenal siapa infectious maggots kecuali ismail, jadi kami assume band tuh tak cool and akur panggil dia lan. kami salah, sebab takkanlah band yang nama infectious maggots (buat suara dan tone gadis dalam cerita 'kami' cakap bende) tak cool.

lan merupakan pelajar yang memegang record sideburn yang paling banyak ditarik oleh cikgu disiplin lai. woah jangan main gila, even salleh elvis pun kalah, salleh elvis tuh budak form 5 btw. ceritanya lan nih memang orang yang nostalgis, jadi dia suka simpan sideburn macam george best. cikgu disiplin lai tak buleh tengok sideburn, dia mesti tarik tarik and suruh potong, lan berdegil. pernah satu hari cikgu disiplin lai dah fedup dia bawak gunting and gunting sideburn lan masa perhimpunan depan semua orang. lan cakap "nooo cikgu dah hancurkan hidup sayer u ols!". cikgu disiplin lai dengan lek je sound balik dengan pelat hokkien dia... "bollocks!".

jadi siapa lagi dalam geng 8 ekor babi?

okay selain daripada #7 saya, #1 man jacket, #8 badrul a.k.a. james berudu, dan #5 lan ada #2 mat bunga, #3 ah chong, #4 george, dengan #6 eric.

mat bunga ialah assistant kepada man jacket, mat bunga jiwang and dia ada motor ex5, dia suka bonceng awek lalu jalan yang banyak traffic light, hmm. ah chong bukan orang cina tapi keturunan jawa, dia suka makan capati untuk makan tengahari and ganja belakang surau untuk makan malam (breakfast dia pulak simple je toast and butter), kenapa nama ah chong? entahlah sebab bebudak pernah lawat rumah dia masa renovation ada brader kontraktor muka macam dia nama ah chong. brader tuh pun bukan orang cina rasanya, sebab muka dia macam muka orang jawa.

george pulak bukan orang irish, dia keturunan mamak, kita panggil george sebab english dia fail. bila sebut nama dia kita sebut dalam accent british macam weyh george (dalam accent british). eric pun bukan french, and kita tak panggil dia eric sebab nama dia cam eric cantona. malah kita tak kenal pun siapa eric cantona, bukan zaman kami.

eric kawan baik ah chong, diaorang berdua suka pukul budak. ada sekali tuh diaorang tanya fared budak form 3 nih jam pukul berapa, belum sempat fared budak form 3 tengok jam diaorang dah pukul sampai lebam. lepas dah kena belasah and terlantar tepi longkang baru fared budak form 3 sedar dia takde jam. bila saya tanya ah chong dan eric kenapa diaorang belasah fared? mereka cakap sebab dia budak form 3.

george pulak pandai masak dan bertukang. lan pernah buat lawak kalau dia tak jumpa bini dia nak kawin dengan george. merah pipi george, lan buat lawak lagi cakap "tengok tuh ayunya bakal bini i blushing u ols". kami semua cringe serentak. lan memang suka kacau orang tanpa sempadan, impian ulung dia nak letak ganja dalam kek pisang makan petang cikgu disiplin lai.

apa aktiviti kami? wells kami suka escape sekolah and pergi cybercafe pastuh main dota. actually saya sorang je tak main dota, saya lebih gemar twitter and facebook. sebab tuh diaorang sayang saya, saya lah kabel mereka kepada gadis-gadis comels siberaya. diaorang semua orang ala-ala kampung, huuh even man jacket yang dari keluarga berada, derang busy sangat jadi cool sampai guna internet pun tak geti.

saya buleh dikira ahli geng yang paling chill lah kira, hobi saya leraikan pergaduhan.

pernah fahmi dengan andrew dari kelas sebelah gaduh over perempuan, saya tahan and cakap "bunga bukan sekuntum! ... ?" mereka spontan jerit sesama "tapi bunga nih je yang kuntum sampai d-cup kat sekolah nie!" pastuh derang belasah saya. saya menyesal tak escape sekolah hari tuh. esoknya man jacket pulak tak escape sekolah. beliau panggil fahmi & andrew tengah padang bola. beliau tinggalkan fahmi & andrew dengan ah chong & eric. senang cerita lepas tuh dua minggu jugak lah fahmi & andrew buleh digest bubur je breakfast lunch dinner. ahaks, tuh ler, lenkali cubalah sentuh saya lagi, ada brans?

kelas fevret kami pjk ajaran cikgu sean rambo. selain daripada pjk cikgu sean rambo also ajar kemahiran hidup. dia suka hisap rokok sebelum kelas and muka dia banyak parut kesan membeduk buaya dan harimau... serentak. sebenarnya dia tak pernah ajar kitorang apa-apa pun. kalau kelas kemahiran hidup dia baling je kayu dengan gergaji pepandai korang ler. kalau kelas pjk dia baling je bola kat tengah padang, pepandai korang ler. lepas tuh dia lepak hisap rokok dengan cikgu kulit putih banyak jerawat yang suka pakai cap.

kami suka imagine kalau cikgu sean rambo bengang dengan orang dia akan samada panah orang tuh guna bow and arrow atau tembak guna bazooka. tapi dia tak pernah bengang dia lek je sap kok luuu benson & hedges. man jacket kapten bolasepak sekolah, so masa pjk kalau main dengan beliau beliau sering score goal, tapi kitorang yang celebrate-kan macam team epl ramai-ramai peluk-peluk dengan muka happy dan tangan ala-ala "yes!". badrul a.k.a. james berudu pun power main bola, tapi kalau dia score goal dia celebrate sorang-sorang, sebab seumur hidup dia .. dia tak pernah mandi.

haih banyak lagi cerita kami yang buleh saya cerita tapi kami masih sedang menjalani cerita nih movie tak habes lagi. infact saya baru nak gi sekolah nih dah lambat nih. hujan best kat luar sana, mesti mat bunga tak pergi sekolah, dia tak suka kalau ex5 dia basah. everytime mat bunga tak datang sekolah market untuk gadis-gadis comel kat sekolah terbuka luas. oh gadis-gadis comel... haih. next time saya cerita pasal gadis comel maggie. dia pengawas. jap lagi dapat lah saya jumpa dia masa dia frown sambil catit nama saya kat pagar sekolah.

3 comments:

naqibmiller said...

hahaha...
cool la ko nih...
zaman aku dulu xde bnde2 facebook/twitter tu..
hobi macam mmbe2 ko tu la.asyik nak pukul org je..

magenta said...

hahahaha. amboi amboi.

penyelamat dunia said...

hehe biasa lah bang anak remaja masa kini.

apa amboi amboi cik magents, jils kangs.