Wednesday, August 19, 2009

that joke is still funny somemore

kan dalam entry nih aku cakap to be continued. well ini lah continuatination dia.

aku dah lama ah tak tengok wayang. sebulan dua kot. kalau ikut kan takde ah lama sangat pon, sebab dulu aku pernah bertahun tak tengok wayang lek je. apa buleh buat, masa tuh tak muat kusi, kalau muat pun, lover's seat tuh and bukak dia nye penghadang untuk bagi ruang kepada more to love aku.

masa aku dah kurus sket antara benda pertama aku buat ialah aku duk kat kusi starbucks tuh, and tak bangun bangun sampai starbucks tutup. sebab dulu aku bengang dengan kusi tuh. siapa punya idea nak guna kusi camtuh untuk tempat-tempat cafe coffee frapuchicano orale carnal pelanchau nih. santai ah konon. dah habes santai ah kerusi tak stabil macam tuh. konon kira hybrid hammock dengan tikar lah. dah habes beach ah konon, biatch. tapi tadi masa aku nak guna perkataan hammock sebenarnya aku terlupa perkataan tuh, aku paham konsep dia so aku tanya member "kawan (bukan nama sebenar), apa nama benda yang ikat antara dua pokok yang orang boleh tidur tuh?", kawan aku dengan lek je jawab "hammock"... "terima kasih", "sesama".

teros tutup ym.

simple je perbualan, senang ada kawan macam nih, dia tanya kita jawab. bukannya kawan yang misai tebal kita tanya kang dia tanya balik (aku takde je kawan camnih tapi imaginasi aku pada pukul 11:30am - 12pm ada).
"kau nak buat apa tidur antara dua pokok?"
"err, orang tetua cakap nanti kau leh serap essence dua pokok tuh nanti leh sehat sehat belaka"

"ohhhhhhhhhhhhhh yaka. pokok apa?"
"tak kesah ah pokok kelapa ke manggis ke avocado ke, kalau rempit dia suka pokok rembutan (hello!)"

"ohhhhhhhh yaka. aku dah lama tak nampak kau kat kelas yoga asal ah?"
"sebab aku tak amik kelas yoga pon"

"ohhhhh yaka. patut ah"
"ohh hammock! baru aku ingat, ha kau, sini kejap aku nak bisik sesuatu"

/dia tadah muka
PANG!

"ohhhh yaka, awat hang tampaq muka aku nooo"
"sebab kau banyak soal"

"aku banyak soal ke"
"unorthodox paradox sungguh mung nih, natang menda dok tau"

"ohhhhhhhhhhhh yaka, kau nak gi mana nih?"
"nak gi sana entot sama cewek cakep bangets, loe stay sini entot sama kucing loe"

"ohhhhhhh yaka, kucing gwe yang mana satu dong?"
"yang ada kurap, ok byz"

"ohhhhhhhhh yaka, yang mana satu yang ada kurap"


actually bende nih takkan habes until aku luku kepala dia sampai dia pengsan and masa dia pengsan dia buleh snoring and snoring dia tuh pun bunyik macam soalan and aku teros terbang ke planet venus in the nude untuk tenangkan diri.

anyway where were we. yeah, dulu bagi aku kusi tuh memang kerek. aku paling benci kalau meeting ke apa ke kena kat tempat tempat coffee pelanchs nih, sebab kusi tuh ah. or apa-apa tempat yang suka guna kusi cantuh. ergkh.

habes aku duduk lah kat starbucks tuh tanpa beli apa-apa macam ha puas hati aku leh duk atas kau.

staf staf starbux pun dah cam dik dik lek dik pecite nih dik at least beli lah something dik. well at least itu apa aku rasa derang nak cakap based on muka derang. sampai kul bape tah starbux dah nak tutup nih dah nak mop mop semua derang cam dik dah lah tuh dik. aku pun cam ah takde saya nak duk sini sampai kusi nih mintak divorce. well at least itu apa aku tafsir dari muka derang and keupayaan aku untuk mengetahui apa yang aku sendiri tengah pikir dalam kepala. also sebab derang semua dah angkat kusi itu with aku sekali in it and cuba nak campak ke luar compound starbux cam "takpe ah kusi tuh burn je ah" kata mamat yang aku rasa supervisor based on pemerhatian aku yang dia suka arah-arah staf lain sambil mendongak sebab based on psychology kalau kita tunjuk dagu kita kat orang orang lebih mudah patuh pada kita. so kalau nak jadi pemimpin developkan lah chin anda and ikutlah theory seorang penyelamat dunia yang suka reka theory sebab bagi aku if you believe in something so much it might just work although sebab aku dah persembahkan theory nih kau mungkin akan saspek aku tipu and susah kau nak believe in that something so *flash benda dalam men in black yang buleh buat kau lupa what i just said*. SWISH!

masa aku kecik aku pernah kurus sekejap, tapi hitam. bila aku gemuk balik aku jadi putih balik. blame fifa 95. dulu lek lek je setiap petang berbasikal gi main bola sambil bersuntan you ols. sehinggalah muncul fifa 95, aku rasa cam daripada aku bergerak seluruh badan berpeluh dan aktif sihat kuat dan strong gitew main bola baik aku gerak jari jemari aku je and command orang-orang kecik nih untuk main bola for me.

sebab tuh lah jari jemari aku lawa-lawa buleh jatuh chenta if you ever happen to catch a glimpse (kan kan kan?).

masa aku kecik aku paling suka main hide and seek. aku paling suka nyorok pastuh takde orang dapat carik aku. dah besar aku suka duduk sorang-sorang dalam bilik and kunci pintu. tapi jap lagi member aku suh aku burnkan lagu raya passing kat dia kena gak turun nampaknya. but of course sebab aku penyelamat dunia aku leh lek je dispense sedikit energy dan aura kepada cd nih and dia leh terbang sendiri ke tangan member aku. cuma aku tak tahu lah camna nak handle situation kalau member aku pengsan sebab nampak cd terbang tanpa bantuan bende-bende yang logik. and kalau dia pengsan hopefully dia tak snoring yang bunyik macam soalan. cheh.

pagi tadi sebelum breakfast aku makan tiga bijik maltesers. except bijik yang kedua dan ketiga tuh terlekat bersama.

anyway, aku penyelamat dunia, aku tahu what fuels the world. it is cuteness. kecomelan.

5 comments:

magenta said...

so bila kau finally bangun dari kerusi tuh, korang tak bercerai pun kan. tapi mungkin dikira talak satu tapi takdehal pasal keesokannya kau datang starbucks and rujuk balik dengan dia kan wait what. hello!

penyelamat dunia said...

tak jugak. aku akan move dari kusi ke kusi. sampai suma kusi kerek kat dunia nih dah jadi bekas aku. heartbreakuh up in ya areuh baby baybehyh.

NeEM™ of Suicide Park said...

Saya yg 50kg ni pun seram kat kerusi tu.
ya, dunia ini perlu kecomelan. dan neem ialah kecomelan itu, wahai penyelamat dunia.

cepat kasi sy tgk jari awak.

penyelamat dunia said...

tuh ah kerusi tuh memang kerek.

saya tak bantah statement anda ituh.

oh jangan mintak tengok jari-jemari ini boleh menggoda hati anda bahaya.

Dayana said...

hari ni aku takde keje kat office maka aku baca post2 ko yang dah berkurun lama ni buat aku nak gelak tapi aku kena tahan2 sambil buat muka serious sebab cubicle aku kat depan sekali sape2 lalu mesti nak tengok aku tgh buat apa ataupun memang akan ternampak mimik muka aku maka aku harus control.

pape pun, ko memang penyelamat dunia.

cheers to you dudeszz.