your sofa is your closet.
aku selalu je pakai t-shirt tertuck-in ke dalam seluar sweatpants pastuh masa keluar keta ada ah apek pandang slack macam "aphal mamat nih", tapi actually dia sebenarnya cam "wow christian bale is in malaysia meh?".
to be continued.
ok kita sambung ye nih aku tulis dalam 5 jam kot lepas aku tulis to be continued iaitu sekarang lah gamaknya.
aku sebenarnya patut kat masjid sekarang nih. aku gi naik keta sensorang tadi sebab ingat nak men futsal lepas terawih. sekali masjid penuh haha so aku lek je balik rumah buat sorang-sorang. masjid cam tuh ah tahun lepas kau berapa kali je jejak aku untuk terawih leh kira dengan minaret aku ni hah so dia cam penuhkan diri. tapi kecoh gila gak kot tadi, macam nak gi stadium tengok bola, kena parking jauh-jauh tepi jalan pastuh jalan jauh-jauh. siap ada brader-brader jaga trafik guna lightsaber lagi.
ada pakcik yang tak tahu ah bengang ke apa pasal penuh dia jerit "tahun nih hebat wow penuh!". aku tak sure dia cakap straight ke dia sarkastik sebab nada dia cam sarkastik, tapi kalau ikutkan semua pakcik-pakcik melayu bila cakap nada diaorang sarkastik. kalau diaorang cam "dik goreng pisang 2 ringgit" pun adik goreng pisang tuh macam dia nih nak order goreng pisang ke nak perli aku padahal tak logik pun kalau dia perli. teros adik goreng pisang sound balik cakap "pakcik, pakcik pakai kopiah terbalik" ... "betul lah tuh, memang terbalik, jap yang putih nih mesti depan yang putih nih pulak mesti yang belakang ha okay jap pakcik betulkan ye zirafah". kalau macam tuh memang confirm ah sarkastik sebab kopiah yang dia pakai mungkin takde depan belakang pun, mungkin dua-dua adik goreng pisang dengan pakcik tuh sekali sarkastik so double sarkastik jadi apa? jadi sarkistik.
to be continued.
ok sekarang aku sambung lagi, ini lebih kurs 5 jam jugak ah dari to be continued tadi tuh.
aku baru balik men futsal. ponek eh, malam nih menyekso diri, bilo laie nak menyekso diri bedosup sano sini kalu bukan malam sebolum puaso. sebelum sampai rumah layan air kopi vanilla gerenti endorphin.
semalam aku nak gi tengok wayang cerita district 9, tengah beratur lek lek lama gak tunggu sampai dua orang lagi turn aku, sekali akak tuh bukak kaunter sebelah, ada couple gi situ. aku pun dengan macho nye pun gi berdiri belakang couple tuh. bila couple tuh gerak aku pun ke depan. akak jaga kaunter pandang aku lain macam, aku pun pandang dia lain macam, dia pandang aku balik lain macam, aku pun pandang skrin atas pulak lain macam, aku cakap district 9 dia cakap err ini untuk booking je, aku cakap oh untuk booking je ke pastuh aku gelak sorang sorang, dia masih pandang aku lain macam, aku pun tak buat macam-macam and pergi balik belakang line sebelah.
kat depan ada couple tengah cium cium. aku pun tadah muka kat balak dia cam "i nak gak?". balak dia pandang aku lain macam pastuh sound "kau jangan nak macam-macam". kena reject cis, macam haram.
so later on aku tengok ah district 9. cam aku tak leh concentrate sangat sebab dia cam bukan cerita action yang bodoh wahukhukga. dia cam ada banyak cakap ada banyak konsep bla bla bla, tapi cgi dia memang lawa ah tak kartun cam cerita blockbuster standard. dia cam blend lawa je macam cgi tuh part of the surroundings, and also colour dia memang chun ah, memang gritty.
crowd pulak kelakar gak ada minah kat belakang cam budget nih cerita pixar kappa keluar alien alien tengah selongkar sampah dia cam awww. keluar alien kecik yang boleh lah comel lah tapi takde ah comel cam lipas campur udang campur robot kecik awww cute nya dia. alien kena pukul dia cam ahhh jangan awww. cuba kalau aku kena pukul dengan brader jaga pintu cinema tuh sudah tentu aweks tuh cam pass me by je, jangan kan "awww", "a" pun tak terukir kat bibir. everytime ada aksi ganas yang belasah alien or orang cam AAA NO macam tak patut, hello nih memang cerita tembak tembak kot bukannya rom com.
aku rasa kita dah establish this dengan poster cerita nih yang ada makhluk yang macam kesatria baja hitam yang terlebih baja tengah berdiri atas tanah yang diperbuat dari taik syaitan pastuh ada ufo tengah hover atas dia and ufo tuh takde rupa sikit pun macam cupcake. bukannya poster dia muka matthew makanohey pakai scarf sambil senyum and lancapkan kambing. haha lek lek penyelamat dunia, takde ah aku tak marah pun tapi cam saje je buat cam marah aku rasa cam kelakar je.
pastuh aku kalau tengok movie aku suka teleng ke kiri so since seat aku kat tengah aku gerak lah ke kerusi kanan aku yang kosong. pastuh aku cam angkat kaki kanan naik atas kaki kiri cam silang kaki kasi selesa sikit. elok pulak mamat yang tadinya sebelah aku sebelum aku move selang kaki kiri dia atas kaki kanan. wahukhukga. macam synchronized selang kaki. cam ada persefahaman di situh. pastuh aku angkat kepala kat dia dia pun angkat kepala lepas tuh kitorang dua dua buat handsign westside cam two twisted in the miiiid westside pastuh serentak kembali tengok skrin balik. actually part tuh aku imagine je, actually dalam semua benda yang aku lalui aku tak sure mana satu yang betul mana satu yang aku imagine.
tah tah aku imagine je tengah tengok cerita district 9 padahal cerita sebenar kat skrin cerita kartun up tuh padanlah awek-awek di belakang menggediks reaksi mereka. haha. eh tak ah memang district 9 kot pasal aku pulak dok tergelak-gelak sebab main character dalam movie tuh dok mencarut sepanjang movie FOOK FOOK, FOOK THIS FOOK THAT, YOU FOOKING PRAWNS, FOOKING FOOKING FOOK YEAH FOOK THE WORLD EH FOOK KOK KEONG whaukhukga. cam sebab dia bukan cakap fuck pun dia cakap fuck dalam accent atau bahasa dia memang tak censored ah lagipun every second kot dia mencarut kalau kena censored pun mamat censorship tuh mesti cam cis bedebs melampau frekuensi kekesatan dialogue filem ini takyah censor ah FOOK IT.
pastuh aliens dia dipanggil prawns pasal memang macam prawn, kalau kau masak maggie dalam bowl yang besar cam swimming pool buleh lah tambah diaorang dalam hidangan kau kasi best sket. entahlah.
okaylah kawan-kawan jangan nakal-nakal ye saya mungkin nak tidur esok sahur sudah. and oh yeah, hello! cik mia aku merinduimu hur hur hur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment