Wednesday, August 26, 2009

no surprises

pagi tadi aku kena lawan katak gergasi, dia kata dia nak conquer earth. aku cakap, aku takut dengan sedara-sedara kau yang kecik, tapi aku tak takut dengan kau sebab kau besar and bila aku pandang straight aku nampak mata kau je. aku tak takut dengan mata kau, aku takut dengan seluruh badan kau. sekarang aku nampak mata kau je, aku tak takut! (kot) (dia dah muka bosan cam lu ingat nih cerita hollywood nak monologue monologue, wa steady je tak cakap pa-pe-pun kot).

so anyway.

aku nak tarik aura aku skang.

aku lek je ah seperti biasa ala-ala tai chi nak tarik aura aku aku lembutkan lengan aku lembutkan semua and aku slow-slow tarik tapi bukan macam sedut maggie tau itu guna muncung nih guna tetangan. tapi shit, tak keluar-keluar. dua tiga minggu nih paling aku senang tarik aura dalam sejarah aku sebagai cosmic hero, dia keluar senang je. dia warna beige, hexadecimal value dia FFF8E7. tiba-tiba aku jadi lemah gila aku try lagi tarik sampai berpeluh-peluh berketar-ketar satu badan... in the end aku pengsan. bila aku bangun and masih floating kat outer space, aku pusing-pusing badan and pandang keliling 360 darjah. katak giant tuh dah takde tapi dia tinggalkan note yang dia buat guna slime dia wa kasi can sama lu pasal wa saspek i meen raspek sama lu penyelamat dunia, esok wa datang lagi untuk cuba conquer earth.

fuck.

dia bagi aku satu hari je, cibai nye katak gergasi. aku tengah panik nih kot, tapi kepala aku songsang so mata aku lagi stim dari usual and aku susah nak angkat bahu. kepala aku dah kebawah sikit, nak tengok langit pun takde nafsu. haih. ada spaceship manusia pass me by, astronaut dalam tuh tengah pasang lagu pink floyd any colour you like kuat-kuat. aku tak rasa sound boleh travel dalam vakum tapi aku tak rasa telinga aku bukan telinga penyelamat dunia yang boleh dengar apa saja. efron you astronaut, aku tak nak any colour, aku nak warna beige hexadecimal value FFF8E7.

kau pernah tengok colour nih? aku penyelamat dunia kot, aku dah merentas satu universe aku dah tengok semua. tapi dalam journey aku hanya ada satu keindahan yang consistent. keindahan ini deserve semua overstatement yang aku buat sebab semua overstatement yang aku buat bagi aku masih understatement sebab walaupun aku penyelamat dunia aku still human and apa yang aku cakap masihlah pujian seorang makhluk dunia sedangkan keindahan ini merangkumi segala ruang dan masa yang wujud dan dunia hanyalah a speck of dust and aku hanyalah a speck of dust inside a speck of dust. keindahan ini yang buat aku nampak warna universe.

dari situlah aku tarik aura aku. dengan aura ini i can face anyfuckingthing.

dayum. katak gergasi nak datang lagi esok, aku harap aku dah sembuh. katak gergasi, kalau apa-apa hal, mintak extend tableh? lek ah lu handsome je kot... walaupun aku takut dengan kau kalau aku nampak kau dari jauh. lek ah malam masih muda, esok kalau kau datang and aku masih auraless leh kita lepak-lepak kat warung kopi kat spiral galaxy, warung kopi dia pusing-pusing, banyak alien-aliens female yang chun lepak situ. kita leh berbual, leh aku ngadu kat kau?

kenapa aku rasa cosy dengan kau skang padahal aku cuak je dengan kau. maybe pasal bila aku rasa macam nih aku dah tak nampak benda lain kecuali keindahan. and bila aku tak nampak kau camana aku nak cuak dengan kau?

kau pandai berbual tak katak gergasi? asal kau nak conquer earth sangat. lek lek ah apa problemnya. asal sekarang nih kau nak sangat conquer earth? kalau kau nak murtabak kat pasar ramadhan tuh takyah lah gelabah sampai camnih kau pesan je kat aku takyah sampai nak amik the whole earth semata-mata.

lek lek. kalau still nak conquer earth, at least kasi wa extension bleh? (ini semua perbualan aku dengan dia kat handphone sebenarnya). *click* cis selamba je dia letak handphone on me, ke line kat galaxy dia tak clear.

tetiba TENENGGG, aku dapat sms dari katak gergasi.

dah malas wa nak layan karenah lu, bila lu dah sedia calling-calling. penyelamat dunia kunun, pathetic.

kong ajar nye katak gergasi.

tapi betul kot.

2 comments:

NeemoNeemo™ said...

Adakah itu Hypnotoad yang membintangi Futurama?

*layan lagu No Surprises-Radiohead*

penyelamat dunia said...

tak jugak, dia macam katak tok guru naruto jiraiya dalam cerita naruto, gambar dia ada kalau google "jiraiya toad".

haha lagu itu lah yang bermain semasa saya membuat entry terus dijadikan topic.