Thursday, November 27, 2008

troglodyte

masa aku kecik-kecik orang tanya nak jadi apa aku jawab "orang kaya".

kadang-kadang rasa cam nak time travel balik masa silam and pat diri aku sendiri yang masih kecik on the back sebab jawapan yang beliau bagi very non-committal, and not to mention quite cool.

kalau aku cakap lawyer ke engineer ke apa apa cita-cita tinggi yang spesifik ke mesti bila dah besar nih orang tanya cam apsal tak jadi lagi bla bla bla and aku kene jawap dengan elaborate and defensive semata-mata nak pusing-pusing dari jawapan sebenarnya which is masa kecik manalah aku tau bila besar jadi loser.

dalam kes aku kalau orang tanya kenapa tak kaya lagi senang je aku jawab "nanti kaya ah tuh". it's just that masalahnya nanti kalau aku dah tua bangka umur lingkungan ketua pemuda umno nanti tak kaya-kaya lagi, tapi aku budget a.k.a. kira-kira bila aku dah tua manalah orang nak ingat apa aku cakap masa kecik time tuh derang pun semua dah tua sangat banyak benda lain nak fikir.

kalau tanya pun, leh aku jawap oh sebenarnya masa aku kecik maksud aku kaya budi bahasa. jawapan nih agak rempit and corny tapi who knows zaman masa depan rempit and corny is in, afterall siapa budget zaman nih hip hoppers lagi suka skinny jeans dari baggie? padahal kalau ikutkan senang je, dia selang seli, 80's ketat, 90's baggy, millenia ketat balek. so basically hipsters nye pasal jeans grandmaster flash dulu-dulu patut go on auction for millions. fuck lari topik.

lagi satu sebab takde specifics, aku buleh buat apa-apa pun tuk capai cita-cita masa kecik aku nih. bebudak lain yang nak jadik bomba lah askar lah astronaut lah semua dah give up kowt. selalu mesti give up nya pasal jarang masa kecik kau ada cita-cita yang reasonable. aku tak, kalau aku jadi drug dealer pun buleh, nak jadi stripper ke, pelacur pun buleh. toy boy pun quite chun, apalah sangat kedot-kedot mak datin tuh, lagi geli lagi best pahh.

mm, apa yang kau tengah imagine tuh wuakhukukgea.

anyway, masa aku kecik aku also pernah beli lastik and apek tuh tanya mau lastik apa? aku jawap "dinosaur". agak kurang ajar jawapan tuh tapi takde niat nak kurang ajar cuma niat nak buat lawak tapi apek tuh terdiam and bila fikir balik agak kurang ajar. macam lah budak kecik zaman 90's tau nak sarkastik. saje je bagi jawapan mengarot kan.

tapi budak-budak kecik memang mulut kurang ajar takde tapis. sebab tuh aku jarang suka sangat budak kecik. and kalau ada budak kecik yang sangat polite aku akan rasa sangat happy. haha. macam ada sekali nih aku tengah jalan-jalan and menghadap aku ada group bebudak tengah jalan arah aku so aku macam shit bebudak buat tak tahu. diaorang pulak sekor-sekor macam potensi rempit. tapi bila kitorang cam berselisih diaorang buleh cam "semekom bang".

shit, aku macam tak sempat nak jawap sebab aku dah sangka buruk kat bebudak nih so kalau buleh aku nak get the berselisihan part over with and then just jalan teros je tanpa apa-apa jadi haha. tak budget bebudak nih buleh ada semangat murni nak tegor cara baik.

so aku nak cakap, kalu luorang baca ini blog aku mintak mahap tak jawap salam itu hari, nih dah dalam setahun lepas kowt, whaukhkugea, sorry dowh serious sorry, aku tersangka buruk cam budak-budak kulit cam bakal rempit ingatkan kurang ajar. rupanya sangat polite and pro-komuniti. kita nih memang salu cakap don't be judgemental tapi kalau dah namanya manusia manusia lah jugak. takpe ah, asalkan sedar kadang-kadang buat silap.

aku harap diaorang tak give up jadi baik just sebab aku tak jawap salam tuh. takut diaorang cam cibai buat baik pun orang buat tak tahu, baik kitorang jadi rempit. teros esok gi kedai runcit beli kepala rxz untuk letak kat bmx diaorang pastuh time merdeka round-round merata kl sambil bawak bendera malaysia pastuh buat bising. aku tak nak nanti aku jalan-jalan kl aku nampak budak-budak pelapis rempit tuh and then aku tak leh kutuk diaorang, instead aku terpaksa tepuk dahi aku pastuh *sigh penyangak sigh* itu semua salah kau. aku tak nak dowh aku tak nakkkkkkkkkkkk........ argkh.

6 comments:

junkfood said...

bongok punya gambar.
warghkaghkaghkaghkaghkah

zalim

NeemoNeemo™ said...

Lastik dinosour pun bunyi kurang ajar ke?

Kurang ajarnye aku stakat loyar buruk dgn org tua camtu aku dah biasa dah.

penyelamat dunia said...

tuh ah tuh lebih kepada loyar buruk kan, tapi mungkin kepada siapa and cara cakap pun maybe factor.

tapi aku ada contoh lain yang bebetul kurang ajar sound direct nya bukan loyar buruk tehadap orang yang lebeh tua yang aku maleh nak citer maybe sebab kurang ajar sangat and aku malu dengan diri sendri haha but anyway kesimpulannya bebudak selalunya kurang ajar tapi most of the time maybe because memang masa kecik kita tak pedulik apa sangat.

Diana Ishak said...

masa kecik takde orang nak tanya besar sok aku nak jadi apa. diorang pandang muka aku pun dah budget budak ni besar sok tak jadi apa la.

wehh...tapi menjadi loser itu adelah IN skang okkk.

penyelamat dunia said...

manader in, kalu in aku dah ada ramai aweks keliling rambut. tapi mungkin pasal kena look like a loser jugak kowt, aku terlalu cover keloseran. maybe maybe. mungkin mungkin. probably probably. someday someday. okay okay.

Anonymous said...

vab банк
vab банк
[url=http://globalist.org.ua/?p=19244]vab банк[/url]
http://globalist.org.ua/?p=19244 - vab банк