KUALA LUMPUR 29 April - Seorang usahawan hari ini membuat keputusan untuk memulakan sebuah pakatan baru di dalam dunia politik. Beliau mengakui bahawa niatnya adalah semata-mata untuk memajukan negara ini serta memastikan rakyat hanya menerima khidmat yang terbaik daripada seorang pemimpin.
Apabila diminta untuk memberi ulasan mengenai parti-parti yang akan menjadi pesaing beliau cuma berkata, "Tiada komen".
Selain daripada berikrar untuk hanya membincangkan apa yang beliau dapat sumbangkan kepada kemajuan dan keharmonian negara ini apabila berkempen, beliau juga turut mencabar diri sendiri untuk sentiasa berlaku adil, melakukan perkara yang benar walaupun sukar, serta mendekatkan diri dengan rakyat semampu boleh.
Beliau sedar sebagai seorang pemimpin, majikannya adalah rakyat. Ini menjadikan ianya suatu tanggungjawab yang sangat berat.
"Saya bukanlah seorang yang harus ditakuti rakyat, malah sebenarnya saya yang patut takut dan patuh pada rakyat. Apabila bersalaman dengan anda semua saya akan tunduk tanda hormat.
"Negara ini mempunyai potensi yang sungguh besar. Sekiranya saya dapat kumpulkan pemimpin-pemimpin yang paling ikhlas dan berkemampuan tanpa mengira bangsa atau keturunan untuk mengendalikannya, dengan izin Tuhan kita akan dapat bersama mengejar kemajuan tanpa batas," kata beliau.
Sementara itu, seorang Pakar Psikologi & Psikiatri dibawah Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa ahli politik ini menunjukkan sifat-sifat delusi yang ekstrim.
"Prinsip-prinsip yang dia bentangkan jelas bertentangan dengan apa yang telah ditunjukkan dan diajar oleh mereka yang lebih lama di dalam bidang beliau. Bagi saya, dia seolah-olah mahu memulakan sebuah ajaran sesat.
"Saya telah membuat aduan terus dan Ketua Polis Negara akan memulakan penangkapan secepat mungkin. Pemahaman ahli politik palsu ini adalah suatu ancaman. Ini kerajaan Malaysia, kami adil dan saksama, oleh itu si gila ini perlu ditahan tanpa bicara dengan segera," kata beliau.
"Ha. Ha. Ha. GTFO, this is Malaysia, biatch," ulas seorang pemimpin negara yang tidak mahu indentiti beliau didedahkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wahahaha. cibai gila entry
hahaha macam haram! kau ke usahawan tu? xD
magenta - cibai gila ke... cibai menggila
slay - entah ler...............
saya sangat suka entri hat ini.
Post a Comment