Monday, August 18, 2008

sodomi dan sumpah

tadi aku tengah drive, tetiba kat depan aku ada lori yang bawak kereta tuh. tapi takde kereta and dia tengah stationary. so aku macam menghadap ramp. terus aku cakap kat diri sendiri "PERGH KALAU GTA (GRAND THEFT AUTO) NIH SELAMBA JE AKU DRIVE TEROS LAYAN RAMP" (pastuh kereta aku akan melayang ke depan lalu kamera menjadi sinematik, aku akan landing baiknya and dapat duit untuk INSANE STUNT BONUS!). tapi ini bukan gta dowh, kata suara lagi satu kowt, so aku elak and teros drive seperti seadanya.

haha saja je mula entri dengan cerita takde kena mengena.

darah politik aku masih panas, macam tak leh elak. nanti bila anwar dah take over ini negara punya kerajaan, aku nak kerja untuk kerajaan. so aku leh claim anwar liwat aku and buat police report. lepas tuh dapat 5 juta daripada barisan nasional. malangnya nanti barisan nasional dah takde access kepada duit rakyat maka aku takkan dapat 5 juta. haha padan muka aku. malangnya bagi mereka yang cakap "padan muka" kat aku, aku ada plan lain, aku akan berlatih siang malam pastuh menang pingat emas pada olimpik 2012, aku akan masuk acara bagi alasan kerja tak siap. malangnya time tuh kerajaan dah tak offer 1 juta untuk pemenang pingat emas sebab anwar dah guna duit tuh untuk bagi subsidi petrol kat rakyat. time tuh ah rakyat cakap padan muka kat aku. dah aku pun takde idea lain camna nak jadi jutawan dah.

anyway, itu hari ini mamat yang patut di tangkap dan dipenjarakan kerana gagal untuk mengelak dari dirinya diliwat oleh seorang tua yang mempunyai back problems telah bersumpah di dalam masjid atas al-quran bahawa dia diliwat oleh sorang mamat politician nih secara paksaan untuk membuktikan yang dia bukan penipu. memang lah dulu dia tak cakap pulak liwat tuh bukan consensual, and also dia cakap dia tak tahu pun esoknya penamaan calon tuh semua walaupun dia tahu. tapi semua tuh dia tak sumpah so takde hal lah kan?

buat korang-korang yang baca mingguan malaysia atau utusan malaysia je setiap hari mungkin kene bagitahu ah yang first of all sumpah DALAM masjid dengan al-quran nih tak wujud langsung dalam hukum islam. dalam hadhari mungkin ah wujod tapi dalam islam pra-hadhari tak.

kau tak percaya? kau pergi tanya imam yang coordinate sumpah tuh sendiri wujud ke tak, aku berani bet dia akan cakap tak wujud and dia terpaksa buat akibat pressure dari pihak-pihak tertentu. aku berani sebab memang dah ada orang tanya pun direct kat dia and itulah jawapan dia. lagipun scratch that sebab memang tak wujud pun! kalau ada pun sumpah ialah antara suami isteri and tak silap aku isteri anwar bukan sorang mamat dropout uniten yang gagah serta perkasa asalkan lawannya bukan seorang tua yang ada back problems.

dahlah sumpah tuh tak wujud. sumpah atas al-quran pulak tuh lagilah tak logik langsung kalau wujud. habis masa zaman rasulullah s.a.w. diaorang sumpah atas apa? atas kepala mamat yang hafal al-quran?

tuan guru pun dah cakap sumpah atas holy book nih cara kristian. bukan cara kita. bukan nak cakap cara kristian salah ke apa tapi itu dah bukan cara kita.

lagi satu, lepas aku baca suratkhabar-suratkhabar melayu kita yang UNBIASED TAHAP DEWA, aku dapat impression yang mamat dropout uniten yang tak akan kaya 5 juta nih telah menghandle kes ini dengan CARA ISLAM, so anwar seorang tua dengan back problems tetapi possibly selalu pergi gym dan mempunyai konek yang licin sebab boleh overpower seorang mamat, liwat, pastuh tak meninggalkan apa apa kesan langsung BILA LAGI BAI?

bila lagi kau nak ikut cara islam anwar? orang umno semua dah bising tuh. bilo laie jang oi?

haha.

sangat.

tolong ah wey. bak kata jaafar onn tolongggggggg ah.

aku dah confused nih.

mahkamah syariah tuh sebenarnya untuk orang orang buddha ke?

entahlah aku pun tak tahu dowh. pening kepala.

tapi aku cakap kat anwar, apakata kau sumpah je cam biasa. dalam speech kau kau sumpah je macam p. ramlee selalu buat kat gadis gadis old school yang chun melechoonz lalz. takyah masjid and al-quran sebab tak wujud hukum sumpah dalam masjid and al-quran nih. kau sedap sedap nak menggunakan masjid and al-quran. sumpah tuh sindri pun aku tak sure cara islam ke tak.

tapi aku tahu apa dowh. aku hanya rakyat yang tak berguna. umno kan pejuang hukum islam paling unggul seunggul ayatollah khomeini.

wahugukeaghkeaukga.

anyway. kalau ada korang yang sokong kuat pak lah serta mahathir dua orang tokoh islam yang gemar mempertahankan cara islam buktinya apabila mereka menggesa anwar ibrahim supaya melaksanakan cara islam itu secepat mungkin kalau anwar anak jantan dan tetap rasa bersumpah dalam masjid atas al-quran tuh cara islam (and mahkamah syariah tuh apparently, bukan). apa kata korang terima challenge gus dur.

Former Indonesian president Abdurrahman Wahid, the titular leader of the Nadhlatul Ulama (NU), the largest Muslim social organisation in the world, today described as "unislamic" the practice of swearing on the Quran.

"I challenge anybody to open the law books of Islam [to prove otherwise]," said the man who is popularly referred to as Gus Dur. He is a graduate in syariah, a qualification he obtained in 1970 from the University of Baghdad.



ADA BRAN?!








4 comments:

dot said...

isteri anwar bukan sorang mamat dropout uniten yang gagah serta perkasa asalkan lawannya bukan seorang tua yang ada back problems.

-_-

tempat aku tuh.
haha! btw, ohh baru tau x wujud sumpah2. yg lakibini tuh aku tau ah. err aku jahil sket bab2 nih

Anonymous said...

haha no disrespect kepada tempat kau. tak kenal mamat jambu tuh ke.

well aku pun tak tahu sangat. bila tanya orang yang tahu baru lah tahu.

Sam said...

abis masa zaman rasulullah s.a.w. diaorang sumpah atas apa? atas kepala mamat yang hafal al-quran?

^ayat ni ada betulnya tapi sumpah (bukan atas quran) lawak gila beb hahahahahahahahahahaha

Pourpres~ said...

hahahhaha. bongok sial. ada bran? aku nak sumpah gak ah. aku sumpah depa ni cirit birit seminggu atas kegilaan ni suma