Friday, December 25, 2009

this charming man

best gila bila balik rumah memalam ada dua pak guard nih diaorang semangat gila tabik siap tunduk ke bawah nak tabik as if diaorang tengah berdiri and nak aku yang kat dalam kereta nampak muka derang padahal derang tengah duduk kot but i appreciate the gesture. kadang kadang kalau ada tiga pak guard pak guard ketiga tuh pun akan tabik and senyum padahal dia kat belah kanan aku so aku akan angkat tangan ke kiri and ke kanan sambil senyum jugak. rasa best, rasa macam diri engkau sangat cute and cuteness itu dihargai. tapi bila pak guard cam layan tak layan angkat tangan tak senyum rasa tak best lak, tapi takdelah setak best bila kau find out dia senyum lebeh-lebeh kat kereta belakang ke. wow, rasa cam betrayed pun ada. nak kata keta belakang tuh awek muantaf ke tak ah pulak, pakcik neighbour dua rumah sebelah aku je kot. maybe pakcik tuh friendly, aku tak cukup friendly. aku tak geti nak friendly, maybe i should put on more makeup, hurm, i should highlight my sebelah-je dimples. haih, susah nak attract attention lelaki-lelaki yang nampak cam melayu tapi bukan melayu nih wahukhukgea.

arituh aku dalam lift dengan seorang gadis yang menawan lagi cute and hot, kiterang kat area belakang sikit lift, saing dengan kitorang ada dua orang tua. kat depan kitorang ada cam couple nak pergi gym, mamat tuh cam ada misai tebal. sampai kat level 1 orang-orang tua tuh hesitate nak keluar and by the time diaorang nak keluar pintu dah nak tutup, sorang lepas, sorang lagi tak lepas sekali pintu tuh terberhenti and there was just enough space untuk dia keluar, and dia dapat keluar. aku tengok bawah, mamat misai tuh tengah dengan penuh macho dan relax muka takde expression atau effort tahan lift tuh guna kaki. lek gila kot muka effortless sambil mengunyah buah and tangan pegang plastik buah dengan sungguh FTW (aku tak pasti part kunyah buah nih memang betul jadi ke aku imagine, and kalau aku imagine agak bongong kot tak leh ke imagine tengah isap curut ke haha). tapi tuh ah, padahal mamat nih kecik je kot. dezaym, badass, time tuh jugak sebab dia ada misai aku terbayang CHARLES BRONSON. aku tergelak, macho gila kot, wow.

arituh lagi pun bila kiterang masuk lift ada bebudak nih, sorang kat depan button lift, yang lain cam lelepak santai kat area-area belakang. budak kat depan lift nih aku assume dah tekan semua butang sebab dia cam nak try justify kat kengkawan dia pasal something yang seems like ada kena mengena dengan dia dah tekan butang semua floor kat lift tuh. tapi mamat yang kat belakang tuh especially yang aku assume kat belah belakang kiri aku yang aku jugak assume agak alpha male dari segi hak bersuara nonchalantly tak kesah pun pasal alasan mamat dekat tempat butang tuh lepas tuh dia kutuk dengan suara separa gelak dia kelakar gila kot "ha kau memang kampung, kelantan macam nih ah jakun ... tengok tuh, budak kelantan camnih ah, biasa ah tuh, jap gi marah bakar kusi! (wahuhukgea gelak kawan-kawan mereka)" wahuuhkgea aku cuba tahan gelak yang wahukgea dalam hati tapi in the end terlimpah keluar gak bagaikan cendol yang diikat tepi dan cuba diminumi dalam kereta, kalau kau fan bola kau faham kot reference bakar kusi tuh, afterall bebudak nih nak gi futsal kot, so agak tak misplaced lah diaorang refer kat something bolaistik since diaorang dah tentu bolaers. agak state-ist (or racist kalau kau rasa kelantan tuh merupakan suatu race on its own) statement mamat alpha male dari segi hak bersuara tuh tapi kelakar gilak kot so wahukgehakhukgea. haha marah kena kutuk kampung sebab tekan semua butang kat lift bakar kusi wahukhukkgea kelakar kot? tak kelakar? tak kelakar pergi layan buraka som sistema.

4 comments:

Weed and Bandages said...

masuk lif dengan si Rambut Kembang memang kadang2 menakutkan budak. (juga bapak budak, mak budak) aku paham depa mesti wonder dengan rambut dia.

mungkin depa wonder "apakah karier dia?"

mungkin.

penyelamat dunia said...

kalau dia tahan lif dengan rambut and muka rilek kami akan anggap career dia full time badass haha.

green apple said...

budak kelantan jakun kah? adehhh.

penyelamat dunia said...

haha takde ah, saje je mamat tuh guna point tuh untuk kutuk so dia leh cakap ha nih kang bakar kusi tah tah padahal mamat yang kutuk tuh pun kelantan haha.