Wednesday, December 02, 2009

padang kota

'tapi i nak baca je'
'mana boleh, ini paper bukan untuk baca punya, untuk beli saja'

'asal pulak'
'memang macam itu lah boss'

'kedai sana okay je i baca takyah beli'
'itu kedai sana ini kedai sini lain punya, kena beli juga'

'i tak nak beli, masa i amik paper nih tadi niat i nak baca je, and letak balik'
'tolonglah boss kalau awak tak beli saya banyak susah punya, nanti taukey marah'

'itu masalah you bukan masalah i, apa i pedulik, biasa kat mamak i selalu je baca paper tak payah nak beli'
'tapi sini suratkhabar memang kena beli punya, kalau amik tuh masuk bil punya, kena bayar juga'

'ah, i pedulik apa'
'beli, kena beli juga'

'you nak gaduh ke? you tau i customer kan?'
'ye saya tau lah, tapi ini kena bayar punya, boleh lah boss berapa saja'

'you jangan nak paksa paksa i, you tau tak i anak siapa?'
'manalah saya tahu tapi saya tahu ini suratkhabar kena bayar punya, macamana saya tau? itu taukey cakap laaah, taukey besar punya datang malam-malam bawak 5-series banyak garang, tolonglah boss nanti saya juga yang banyak susah'

'you dengar tak apa i cakap, you tahu tak i anak siapa huh?!'
'mana saya tahu'

(dalam hati aku cam kalau aku mamak nih aku jawap "manalah saya tahu saya takde awak punya facebook")

(dalam hati aku jugak cam, okay ah conversation ini agak menarik and boleh dikatakan arguably adorable lah for a little while, tapi lama-lama cam menyampah and bosan jugak, and aku rasa dua-dua tak nak berganjak so that dua-dua can move on with their probably less-eventful lives since their lives are well, probably less-eventful, so aku kena lah interrupt their needlessly-pointless exchange dengan sentuhan yang productivity-inclined aku kat sini since dah lama aku tunggu nak bayar kat kaunter nih)

(dalam hati aku ada jugak fikir cam boleh je aku amik suratkhabar tuh and menggunakannya sebagai sebentuk weapon pelempang kedua-dua muka selenga suspiciously tak gosok gigi diaorang nih, tak pun leh je aku capai segenggam gula-gula dalam balang tuh pastuh baling kat derang pastuh lompat-lompat cam kanak-kanak terlebih minum ribena sambil buat bunyik awkward cam binatang padahal takde binatang bunyik camtuh pastuh kentut and chow, tapi aku classy)

so aku pun mencelah...

'lek lek, aney kasi itu paper, saya mau beli saya lupa saya belum ada arinih punya the star'... lek je aku cakap dengan nada separa cool separa perli tetapi muka totally cool.

time nih lah aku terbayang ada 5 cheerleader kat tepi kaunter tuh tengah cheer macam gimme a C! gimme an O! gimme another O! gimme an L! penyelamatt duniaaaaa isssssssssss.... COOL!

time tuh mamak jaga kaunter passing paper and aku kepit kat ketiak kanan, aku passing duit and bayar bil aku sekali (still dengan muka cool). aku glance sikit kat mamat yang dok gaduh dengan dia tadi dia boleh senyum kat aku dengan senyuman yang acknowledge macam aku did him a favour pulak, as if dia tak dapat detect yang muka aku ada traces sebentuk muka yang rasa dia tuh bongok and poyo.

apa lanchau.

haih, some people memang tak leh baca nada sindiran atau perlian atau bosan.

some people memang tak sedar yang sometimes kau buat bende camtuh bukan sebab memang kau nak buat tapi semata-mata untuk tunjuk derang betapa perkara kecik camnih tak perlu dibesar-besarkan and boleh disetelkan dengan mudah.

tapi aku rasa mamat nih bukan macam some people, dia lagi teruk.

mamat nih tak sedar yang kat ketiak kiri aku dari tadi tengah kepit arinih nye the star.

*mana-mana ayat yang tidak ditanda dengan '*' adalah cerita rekaan semata-mata.

8 comments:

the artist and i said...

aku suka scene nih

Anonymous said...

balok! hahaha

penyelamat dunia said...

wait wok?

Silencers said...

Eh, kejap. Ko bohong ke cerita ni? Gua konpius nih! Siut sungguh!

penyelamat dunia said...

haha baca lah disclaimer kat bawah sekali tuh

AZ said...

Ok, funny. Hahaha.

AZ said...

Oh, nak follow this blog. :)

penyelamat dunia said...

terima kasih kerana mengfollow ini blog