Thursday, October 29, 2009

jikalau

satu scene dekat maybank.

aku tengah pakai baju warna turqoise pekat yang ada gambar besar tangan yang secara coolnya dikelilingi oleh speakers sambil buat lambang peace dengan seluar sukan colourful 3/4 ecko unlimited yang beli kat factory outlet store and dah sangat out of fashion.

ada perems cina agaknya in her early to late 20s (padahal boleh je cakap in her 20s saje nak complicatedkan keadaan) tengok t-shirt aku lain macam. dalam otak aku cam HELLO hang tengok bawah sana buatpaa cute face kat atas nih tak nampak. cis penat aku pakai cream tiap-tiap hari takde respons langsung dari masyarakat umum.

anyway ini apa yang terjadi.

KRRINGGG KRINGGGG! (terus beberapa orang ingat phone derang bunyik pasal ramai handphone guna ringtone nih. aku assume je bende nih jadik sebab everytime bunyik camnih aku selalu ingat handphone aku yang bunyik. ha'ah pada masa lapang aku aku suka assume orang suka perasan handphone derang berbunyik cam aku)

gadis operator (go): ini encik pd ye?
pd: ye
go: saya kirsten johansson dari maybank financial services
pd: ok (dengan blur sepenuh jiwa)
go: boleh saya ambil masa encik sebentar?
pd: oh, jangan lupa pulang balik masa tuh sudah kirsten, may i call you kirsten? (actually aku cakap "ok" je)

tiba tiba ada suara latar di suasana: DUA! KOSONG! TUJUH! LAPAN!
(diucapkan oleh seorang perempuan yang boleh maintain nada sama sepanjang masa. fikir sendri pebende nih)

go: eh (aku assume at the other end of the line dia tengah tergamam), encik kat one utama ye? err maksud saya bank? (actually dia tak cakap pun one utama tuh dia tersilap cakap something else yang jauh lagi kelakar dari one utama tapi aku tak ingat)
pd: uhuh
go: err (dengan agak nervous macam aku tengah interview dia kerja) nanti saya call balik pada waktu lain ye
*tup letak telefon*

sampai hari nih dah tak call balik dah.

ada tiga kemungkinan sebab bende nih jadi:

satu, ini semua mimpi atau imaginasi aku yang ligat persis lalat tatkala ketemuan taik segar masa tengah tunggu bende kat bank setel.

dua, minah nih kawan aku yang nak buat prank call tapi terpaksa cancel lepas dengar bunyik nombor giliran dipanggil sebab dia ada pengalaman kurang manis dengan sistem nombor giliran samada di bank atau pejabat pos yang menyebabkan dirinya membina fobia terhadap sistem itu sehingga suara wanita yang direcord atas tujuan dimainkan oleh mesin nombor giliran pun boleh mengakibatkan dia peluh sejuk.

tiga, minah nih sebenarnya nak buat fraud call and bila dia budget aku dekat bank dia cuak ah. kang aku tanya bebudak bank nih betul ke apa minah nih cakap ah susah kang. baik dia letak.

...

kalau korang tak setuju dengan tiga hipotesis di atas. amik borang bantahan kat jabatan pendaftaran negara, isik, lepas tuh tampal kat muka sendiri guna double sided tape and jalan-jalan keliling town sampai puas hati. thanks.

4 comments:

NeemoNeemo™ said...

Saya setuju dgn hepotesis ke 3.

penyelamat dunia said...

tuh lah saya pun rasa hepotesis ke-3 paling berkebarangkalian tinggi especially sebab yang 1 dan 2 hanya rekaan semata-mata.

dIdIe said...

Owh..saya rasa maybe peremmpuan itu mahu jual insurans daripada MAYBANK..kerana saya juga telah mendapat panggilan sebegitu dan lelaki tersebut amat pOyO sehingga saya hilang sabar dan menyaOund beliaO di tempat kejadian.. pueh hati den!

penyelamat dunia said...

tapi napa dia takut aku kat bank, pelik. lenkali orang cantuh call and koreng tanak layan suruh member cakap nombor giliran dengan suara nada maintain haha.