Sunday, October 04, 2009

tunggu aku di petaling jaya

aku memang suka open house sebab usually hidangan makanan dia dalam bentuk buffet.

so aku dengan sesukanya leh amik semua kesukaan aku dalam sukatan yang aku suka. suka hati ah.

paling best kalau open house tuh selang serumah je so aku leh makan and gerak tanpa kacau tuan rumah or tunggu untuk balik serentak dengan sesapa yang datang dengan aku. tak nak lah kacau tuan rumah, dah lah aku tah sesapa dalam hidup dia dah tentu dia patut lagi busy melayan orang-orang lagi meaningful bagi dia contohnya mereka mereka yang datang dengan aku yang tak patut aku ajak balik awal sebab dah tentu nak dilayan oleh tuan rumah yang menganggap beliau-beliau meaningful.

maka boleh lah aku amik 15-20 minutes untuk makan and then tross jalan 20 langkah balik untuk melayan si dia yang menawan dan lagi meaningful bagi aku.

tadi aku amik nasi tomato sikit pastuh tiga ketul ayam merah, dua roti jala yang cicah dengan kuah ayam merah (ayam merah nih fav wa kot), satay ayam + daging dalam 10 or so keping, dua gelas sirap yang tak manis (just the way ai laik it), and beberapa kutilan kuih.

aku tak kesah nak duk mana or nak kena duduk dekat dengan sapa aku just sebat join meja kat belakang tuh. aku nampak sorang pilot nih dan rakan-rakan tanya ah 'bang ada orang?' 'eh tak sila sila' dengan muka baik ala-ala ramah tapi takde ah ramah sampai nak tanya aku keje apa (just the way ai laik it) mereka. aku tunduk and tak tengok keliling, aku terus melahap secara bedosup haaa.

pastuh aku terfikir, camana aku tahu mamat sebelah aku nih pilot? oh yeah sebab dia pakai uniform pilot.

..

waitsa minute or two!? asal lak dia nak pakai uniform pilot gi open house?

ini show off tahap sampai bawah hidung apa pride sangat dengan profession sendiri sampai gi open house kena eveready steady go pakai uniform. ke dia baru balik keje? macam tak sempat nak tukar baju. takpun dia datang sini naik jet, takpun ufo, aku tak rasa jet senang nak landing area berbukit bukau ala padi huma nih, ufo mungkin sebab ufo dia landing straight ke bawah gitu. teknologi derang light years ahead sket bro.

masa nih lah aku decide untuk just jeling sikit. ler rupanya pak guard. hehe. pak guard nih lah antara yang selalu aku senyum manja dekat. tak tahu dia cam aku tak, segan adik nak tegur, hihihihi (gelak manja ala-ala lisa surihani uols). takpe ah aku pun dengan segan seluruh badan recommence dengan pemakanan. of course mula-mula je memalu ala daun semalu lepas tuh since it's ayam merah we be talkin' bout here homeslice wa tars je. teringat masa kat utm dulu kat macam kedai kecik nih hari jumaat mesti serve nasi tomato. pastuh nih masa first year aku akan gi tingkat atas kat masjid dengan kengkawan pastuh tidur and kengkawan aku gelakkan aku pasal aku nye badan kan lebar lagi tebal gitu bila tidur mengiring kepala susah nak jejak lantai haha.

anyway. memang satu meja tuh pak guard kot. wa rasa cool kejap ah, lepak meja belakang, kat depan semua senyum senyum ramah mesra elit sambil aku lepak dengan bebudak cool yang muka lek lu sak kok lu lek je makan takde control pastuh datang lak abang sawo matang bermisai dengan daging-daging penuh satu pinggan sambil dia announce 'REINFORCEMENTS!' wa tak buih, jack. tapi diaorang nih cakap accent satu pesen, macam accent sabah campur kelantan. wa rasa cool lagi, lepak dengan brader brader yang ada accent exotic gitu. sambil wa padahal senyap je satu corner makan sambil monologue dalam kepala secara accent chicano gitu, orale carnal, huacha.

sedap je assume accent diaorang sabah campur kelantan kan.

apa lah aku tahu, aku cuma si gedik yang dilanda rindu.

6 comments:

anna molly said...

dude cemane accent sabah cmpur kelantan? aku da imagine dalam 4minutes xtersampai akalku jugak

penyelamat dunia said...

agaknya macam mu cube rasain nate bewok nih bahhh. aku pun tak tahu aku main petik je wahkuukga.

NeEM™ of Suicide Park said...

Awak sedang dilamun cinta kah? =D

penyelamat dunia said...

camna tau ihiks

magenta said...

kasihan dan simpati terhadap perempuan yang jatuh cinta kat kau tu kerana terpaksa menghadapi kegedikan setiap masa..haha

penyelamat dunia said...

tuh ah dia pergi ah kasihan kat dia tak jauh pun huhuhuhu