Thursday, August 19, 2010

yes sir, i can boogie

last time aku servis kereta aku tak bawak apa-apa takde suratkhabar, ipod battery tak charge, aku tunggu je kat situ tengok orang, tengok kerusi, tengok papan putih, tengok tangga, tengok t.v. eh ada t.v. kenapa aku tak tengok t.v. nih je dari awal. oh yeah, sebab dia tunjuk hitz.tv, bukan aku anti hitz.tv, tapi hitz.tv annoying sebab subtitling dia ada delay kira kekadang kau tengah tengok beyonce tonggek sekali keluar text kat bawah tuh coldplay - shower in the rain. apa lanch. logik ke annoying?

apa point aku tadi, oh yeah, itu dulu, so semalam aku bertekad aku takkan boring tunggu kereta kena servis. malam sebelum hantar kereta aku buat preparation. aku tak pernah habis tengok flight of the conchords so aku download season 2. aku convert movie yang aku tak habis habis tengok lagi nih the englishman who went up a hill but came down a mountain ke format ipod. aku convert jugak the office uk season 1 season 2 and christmas specials sebab nih series yang for some reason aku leh tengok ulang ulang. aku dah set ah nih, macam macam option ada untuk tengok. tuh tak kira lagu-lagu yang aku simpan dalam ipod aku.

keesokan paginya pulak on the way aku angkut surat khabar satu. rasa-rasanya takkan boring lah aku kat kerusi service center tuh. sampai je kat tempat tuh, tunggu giliran. sampai giliran, cakap-cakap, then finally kereta aku telah sedia untuk diservis dan aku buleh mula menunggu.

tiba-tiba aku jalan keluar tempat tuh, duduk kat teksi stand, tahan teksi, pergi one utama. what the fuck.

presenting the malaysian boy who planned an eventful waiting period on the chair but ended up going to a shopping mall.

satu benda dalam ipod tuh yang berjam-jam aku prepare malam tadi aku tak layan. kenapa ini terjadi? ini adalah kerana inilah perangai aku. simple as that.

dalam banyak banyak posisi kat dalam bolasepak, posisi mana yang pemainnya susah nak maintain fitness?

sudah tentulah goalkeeper, sebab apa? pemain lain lari ke sana sini so everytime main bola diaorang dah exercise cukup-cukup. goalkeeper berdiri je mostly so dia kena jaga fitness sendiri even masa tak main bola.

1 comment:

Jiyuu said...

The people who stick to plans are generally
a) cowards
b) uncreative
c) boring

Life needs a little impromptuity. Like when you invent a word to express something which you can't remember/don't know a word for. Or when you go to OU instead of the enticing waiting area.

=>