Wednesday, August 25, 2010

pasar ramadhan

pukul 4 petang, aku tengah round-round pasar ramadhan atau nama timangannya param (soalan kuiz: apakah nama pendek untuk kelakuan sembahyang di dalam dorm asrama? jawapannya di akhir entri ini).

kalau kat param nih, aku suka check out gerai yang tak ramai orang. aku ada teori gerai tak ramai orang nih mesti dia jual yang best best maka orang tak berani nak dekat sebab best sangat manakala gerai yang ramai orang nih mesti dia jual yang tak best maka orang ramai berebut sebab kalau tak best mestilah murah. so far, dengan humble nya aku mengaku teori aku belum cukup kukuh untuk dibuat tesis.

aku approach satu gerai nih jual kuih muih. aku berinteraksi dengan salah sorang akak tuh:
"nak tanya boleh?" 
"lima dua ringgit dik" 
"tak, kak, saya nak tanya" 
"yang nih pulak tiga ringgit satu dik, ada ayam, ada daging" 
"bukan kak, saya nak tanya..." 
"apa yang kau nak tanya actually?" 
"saya nak tanya... kat mana pintu keluar pasar ramadhan nih?".

aku dengan akak tuh memandang muka masing masing. aku dengan muka plain. dia dengan muka plain jugak lah, tapi hidung dia mengembang dan menguncup dengan penuh intense.

sejenak selepas sessi daring tadi dia angkat tangan macam nak bagi penumbuk sambil senyum dan berkata:
"dik... dekat tangan akak nih ada satu jari, jari nih ada banyak guna, kadang-kadang kita guna di jalanraya diselangi dengan menekan hon, adakalanya di gunakan di stadium bola untuk menunjukkan bahawa kita merasai pihak penyokong lawan adalah useless, dalam kes sekarang ini, apabila jari yang gatal nak naik nih naik ia akan mengexpress kan perasaan akak terhadap soalan adik tadi...

...


tapi takpe, hari nih akak puasa, maka jari nih kita simpan dulu


..."

"akak simpan jari tuh... ada dividen ke? he he he amirite? amirite? high five? ... err"

akak tuh senyum lagi sambil berkata:
"kuih yang nih, lima dua ringgit, yang nih pulak, satu tiga ringgit, ada lagi satu kuih nih, percuma je, kalau adik nak akak buleh kasi, adik pernah dengar tak?"


"tak"


"ahh, kuih nih datang daripada negara thailand, nama dia ong bak, adik nak?"


"err.. huhu, apa nih kak saya tak faham"


"okay lah macam nih kalau kau tak faham, akak jawap soalan memula kau tadi... di antara setiap gerai yang bersebelahan ada ruang kecik, selain tuh semua gerai nih menghadap jalan yang besar, semuanya boleh digunakan sebagai jalan keluar daripada pasar ramadhan ini. akak harap adik perhati betul betul, sebab kalau adik tak gerak daripada pasar ramadhan ini akak akan bedok adik macam akak bedok semua orang yang cakap cerita the expendables tak best!"


"eh... akak ke yang dok belasah semua critic yang kutuk filem expendables?"


"ya, kenapa?"


"oh nak mintak autograf boleh?"


"boleh"

*akak tuh sign autograph*


"you are my heroine!"


"jangan lupa tunggu sequel filem expendables akak ada buat cameo sebagai penjaja yang suka belasah orang yang selalu tanya soalan bodoh"

hey aper-daa aku mengarut nih, consider this my review of the expendables. i have nothing to say but a movie like it deserves immunity from critics or reviews. it is something you watch and feel with your heart not think about with your brain. terima kasih sylvester stallone, you could be chillaxing not giving a fuck with all that wealth you have but you chose to hustle and try to gather as much action stars as possible into a brotherhood just to entertain us.

anyways, lapar doh, selamat berbuka puasa.

(jawapan kepada soalan kuiz tadi ialah sodorm).

6 comments:

Dayana said...

sodom2!!!

magenta said...

grkhghh salah..teka serama tadi. sembahyang di dalam dorm asrama= serama pun boleh?! takleh jadi ni, trick question.

btw ada typo sikit. 2nd para, 2nd sentence. awak lupa nak taruk *tak* sebelum ramai orang.

the artist and i said...

'akak' kena uji dengan 'adik'

penyelamat dunia said...

serama mana boleh itu nama untuk awek awek yang kecik kecik. haha. time kasih kerana mempointout typo itu cik magenta bodacious.

apakah signifikan meletak quotations itu miss wd. sebab kalau letak quotations kat perkataan adik tuh dah ada konotasi lucah. btw dah jadi cam hard disk lak nama kau skang.

the artist and i said...

aha la, baru perasan. haha

Anonymous said...

Apsal makin lama makin lambat update?

Puasa la konon.

Ko ni kelakar la..
Aku gay